Abaya sekarang bukan lagi dipandang sebagai pakaian tradisional dari negara arab, tetapi sudah diterima serata dunia sebagai pakaian untuk muslimah.
Pakaian yang sopan dan menutup aurat. Pakaian yang sinonim dengan muslimah yang menjaga penampilannya.
Dengan dunia moden hari ini, abaya sudah berkembang dengan rekaan yang lebih kreatif memenuhi citarasa wanita dari pelbagai latar belakang.
Ada yang mahal, ada juga yang murah. Kalau dulu, hanya hitam yang merupakan warna untuk abaya.. tetapi sekarang abaya telah di reka dengan pelbagai warna yang menarik.