Jenis-jenis Abaya Moden

Bagi abaya lover, mesti dah tahu ada 3 jenis utama, malah banyak jenis lagi yang lain.

1.Jenis pertama 'open front'.

Ramai juga yang suka jenis terbuka bahagian depan lebih-lebih lagi anak-anak muda.

Senang dipadankan dengan skirt dan seluar. Butang di depan abaya jika ada, dibiarkan terbuka sahaja. 

IMG_20241009_224204_476Contoh open front tapi dipakai secara tutup

2.Jenis kedua 'pleated atau layered'

Lebih digemari bila ada pleated atau layered sebab biasanya nampak lagi cantik. 

Banyak design dan jenis kedua ni. Antara contohnya seperti di bawah.

IMG_20240710_160438


3. Jenis ketiga minimalis atau kasual

Sekarang ramai juga yang lebih suka yang simple dan minimalis. Tak crowd sangat hiasannya dan sesuai untuk ke mana-sana sahaja.

Mungkin simpan satu dua yang mewah untuk majlis tertentu. Dan banyaknya yang boleh dipakai untuk semua acara.

IMG_20240507_164446Contoh abaya minimalis. Hiasan hanya dibahagian lengan.

IMG_20241016_234339
Awak pula, jenis abaya yang macam mana menarik hati awak?

#jenisabaya #minimalis #simple #abayamewah



Related products